Mothering

by ZURAIDA KAMARUDDIN

Zuraida tunai janji bertemu Nor Anizan di Istanbul

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang ketika ini berada di Istabul, Turki menunaikan janji untuk bertemu dengan Ahli Kelab Al Ikhlas, Sri Raya Ukay Perdana Nor Anizan Zainudin.

Nor Anizan merupakan anak jati Ampang dan berada di Turki bagi menyertai Kejohanan Tahunan Memanah ’10th Conquest Cup Fetih Kupasi’ anjuran sebuah kelab memanah yang tertua di Turki, Okçular Vakfi.

“Seperti yang dijanjikan, saya menemui anak jati Ampang di bumi Turki iaitu Nor Anizan Zainuddin dari Kelab Al Ikhlas, Sri Raya Ukay Perdana yang menyertai Kejohanan Tahunan Memanah ’10th Conquest Cup Fetih Kupasi’ anjuran Okçular Vakfi sebuah kelab memanah yang tertua di Turki.

“Sebagai penaung ‘Foundation Of Women Community In Sports Malaysia (FOWCUS), saya amat tertarik dengan seni memanah tradisional lama yang diperjuangkan diikuti syarat khas penyertaan iaitu perlu memakai busana tradisional negara masing-masing ketika kejohanan.

“Selamat maju jaya buat pemain pemanah yang lain dan semoga peroleh kemenangan mengharumkan nama negara dipersada dunia,” kata Zuraida.

Ketika ini Zuraida berada di Turki bagi memenuhi undangan untuk memberikan ucapan pada majlis pembukaan Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untul Al-Quds dan Palestin. Persidangan selama tiga hari itu akan bermula hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu kemudiannya akan berangkat ke Athens, Greece bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu malaysia bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia.

Semalam, Zuraida yang merupakan Ahli Parlimen Ampang mengejutkan politik tanah air apabila mengeluarkan satu kenyataan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau akan membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekembali daripada Greece pada 2 Jun depan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 27 Oktober tahun lalu, meluluskan penukaran nama Parti Pekerja Sarawak (SWP) kepada PBM dan perlembagaan baharunya.

PBM mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 November dan barisan kepemimpinan baharu juga dilantik yang kebanyakan merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 12 Disember 2021, Zuraida dilaporkan berkata, bersedia mempertimbangkan pelawaan untuk mengetuai PBM.

Beliau bagaimanapun kemudiannya mengunci mulut berhubung penyertaannya ke dalam parti itu, sehinggalah semalam.-MalaysiaGazette

-Source

World